Thursday 19 January 2017

Perkongsian

             Assalamualaikum pada kali ini saya ingin berkongsi satu kisah iaitu sedekah. Pada hari semalam, saya menghadiri taklimat dan menjadi urusetia kepada taklimat tersebut. Kehadiran peserta yang hadir dalam lingkungan 90 orang manakala makanan yang ditempah sebanyak 120 orang. Pada akhir taklimat tersebut, saya dapati terdapat makanan lebih kesan daripada peserta yang hadir tidak seperti dirancangkan. Saya berbincang bersama rakan saya bagaimana hendak menyelesaikan masalah lebihan makanan tersebut.
         
          Rakan saya memberi idea agar dia ambil satu plastik besar  dan saya ambil satu plastik besar. Saya berfikir sejenak ," Kalau aku bawa balik ker kolej kediaman, siapa yang berada di kolej? Tidak ramai yang ada di kolej kerana sekarang tengah cuti sem? Hmmm!!!!. Dari sudut hati kecilku berkata tidak apalah bawa jelah makanan lebihan ini daripada membazir begitu sahaja. Mungkin ada orang lain menahan lapar untuk makan kerana kekurangan duit. Sampai sahaja di kolej kediaman, saya pergi ke  setiap aras dengan harapan masih ada lagi pelajar mahasiswa yang tidak pulang ke rumah. Pada mulanya saya agak kecewa kerana aras satu hingga lima tidak ada pelajar. Tiba di aras 6, saya lihat beberapa mak cik clener yang sering kelihatan di kolej tengah berehat selepas selesai tugasnya. Lantas tanpa berfikir panjang, saya terus memberi makanan berlebihan itu dan hanya 2 bungkus yang aq  asingkan untuk sendiri. Mak cik clener bersama rakannya lihatku kehairanan setelah aq menghulur satu plastik yang penuh makanan. Dia bertanya kepadaku, 'Adik mengapa tidak ambil ?" katanya. Aq berkata " Makcik ambilah saya sudah ambil untuk diri sendiri" kataku. Lalu dia mengambil plastik itu dengan satu senyuman yang amat manis dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aq berasa amat gembira kerana mak cik itu terima dengan perasaan amat gembira. Senyuman mak cik itu buat aq berasa bangga kerana aq telah mengurangkan kesusahan mereka. Aq juga pernah merasai seperti mereka, keluargaku bukanlah orang senang kadang kala kami adik beradik makan apa yang ada sahaja. Walaupun diriku sederhana, tetapi aq amat bersyukur dapat berkongsi kepada mereka yang lebih memerlukan. Aq percaya bahawa setiap rezeki kita yang kita peroleh ada juga rezeki orang lain bersama.

No comments:

Post a Comment