Assalamualaikum pada kali ini saya ingin berkongsi satu kisah iaitu sedekah. Pada hari semalam, saya menghadiri taklimat dan menjadi urusetia kepada taklimat tersebut. Kehadiran peserta yang hadir dalam lingkungan 90 orang manakala makanan yang ditempah sebanyak 120 orang. Pada akhir taklimat tersebut, saya dapati terdapat makanan lebih kesan daripada peserta yang hadir tidak seperti dirancangkan. Saya berbincang bersama rakan saya bagaimana hendak menyelesaikan masalah lebihan makanan tersebut.
Rakan saya memberi idea agar dia ambil satu plastik besar dan saya ambil satu plastik besar. Saya berfikir sejenak ," Kalau aku bawa balik ker kolej kediaman, siapa yang berada di kolej? Tidak ramai yang ada di kolej kerana sekarang tengah cuti sem? Hmmm!!!!. Dari sudut hati kecilku berkata tidak apalah bawa jelah makanan lebihan ini daripada membazir begitu sahaja. Mungkin ada orang lain menahan lapar untuk makan kerana kekurangan duit. Sampai sahaja di kolej kediaman, saya pergi ke setiap aras dengan harapan masih ada lagi pelajar mahasiswa yang tidak pulang ke rumah. Pada mulanya saya agak kecewa kerana aras satu hingga lima tidak ada pelajar. Tiba di aras 6, saya lihat beberapa mak cik clener yang sering kelihatan di kolej tengah berehat selepas selesai tugasnya. Lantas tanpa berfikir panjang, saya terus memberi makanan berlebihan itu dan hanya 2 bungkus yang aq asingkan untuk sendiri. Mak cik clener bersama rakannya lihatku kehairanan setelah aq menghulur satu plastik yang penuh makanan. Dia bertanya kepadaku, 'Adik mengapa tidak ambil ?" katanya. Aq berkata " Makcik ambilah saya sudah ambil untuk diri sendiri" kataku. Lalu dia mengambil plastik itu dengan satu senyuman yang amat manis dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aq berasa amat gembira kerana mak cik itu terima dengan perasaan amat gembira. Senyuman mak cik itu buat aq berasa bangga kerana aq telah mengurangkan kesusahan mereka. Aq juga pernah merasai seperti mereka, keluargaku bukanlah orang senang kadang kala kami adik beradik makan apa yang ada sahaja. Walaupun diriku sederhana, tetapi aq amat bersyukur dapat berkongsi kepada mereka yang lebih memerlukan. Aq percaya bahawa setiap rezeki kita yang kita peroleh ada juga rezeki orang lain bersama.
Thursday, 19 January 2017
Sedekah
Asssalamuaikum, semoga entri pada kali ini bermanfaat untuk semua..
Dari Abu Dzar r.a katanya : “Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau; “Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka”. Jawab Rasulullah SAW; “Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah”. Mereka bertanya; “Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?” Jawab Rasulullah SAW; “Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.” (al-Bukhari)
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Kelebihan membaca al mathurat
Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat akan merasakan perbezaan dari hari-hari yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat. Bagi seorang mukmin masanya tidak boleh berlalu begitu sahaja. Di waktu pagi dan petang ia hendaklah sentiasa bertasbih, beristighfar, bertahmid dan berdoa kepada Allah SWT dengan zikir yang ma’thur (yang berasal dari Nabi SAW) Firman Allah SWT di dalam Surah Qaaf ayat 39 , Bermaksud : ‘ Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya ’
Antara Kelebihan Membaca Al-Mathurat :
1. Tidak dihampiri syaitan ~ Ia dimulai dengan ucapan ‘Aku bermohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam’.
2. Bacaan Al-Fatihah di dalam Al-Ma’thurat merupakan bacaan yang agung. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Demi Allah yang nyawaku di tangan Nya, belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah ‘Al-Sab’ul Mathani dan Quran yang agung yang diturunkan kepadaku”.
3. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini. Membaca surah al-Baqarah dalam zikir Ma’thurat juga memperolehi pahala yang besar. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa membaca sepuluh ayat dari Surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak akan didekati syaitan sehingga petang, jika dibaca di waktu malam pula nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sehingga ke pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya “.
4. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
5. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
6. Selamat dari segala sesuatu.
7. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
8. Allah berhak untuk meredhainya
9. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
10. Terhindar daripada syirik.
11. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
12. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
13. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
14. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
15. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
16. Di samping itu, doa-doa yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat itu merupakan doa daripada nabi saw yang sewajarnya kita turut amalkan dalam kehidupan kita pada hari ini.
Rasulullah SAW telah menegaskan juga dalam Hadith yang diriwayatkan daripada Abi Najih alUbaadi bin Sairyah RA: Maksudnya: …“Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah khalifah arRasyidin yang telah mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan geraham kamu (peganglah Sunnah itu dengan sekuatkuatnya). Dan jauhkanlah diri kamu daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama. Maka sesungguhnya melakukan sesuatu perkara yang tidak didapati dalam agama itu adalah satu perbuatan yang sesat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Berdasarkan hujah-hujah tersebut, maka bagi orang-orang yang beriman, hendaklah beramal dengan zikir dan wirid yang ma’thurat, iaitu zikir-zikir dan wirid-wirid yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan yang diajarkan oleh Baginda kepada sahabat-sahabatnya di masa hayat Baginda.
Semoga kita berazam dalam diri untuk sentiasa mengamalkan wirid- wirid dan doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Al Mathurat ( Bacaan pada waktu petang dan pagi)
Alhamdulillah.... Istiqamah kita membaca al-Mathurat pagi dan petang.
Untuk bacaaan petang tukar:
اَصْبَحْنَا kepada اَمْسَيْنَا
وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ kepada 'wa ilai hil masir'
اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ kepada اَمْسَيْنَا وَاَمْسَى
اَصْبَحْتُ kepada 'amsaitu'
Ayat disalin dari website m-mathurat.comhttp://www.m-mathurat.com/p/senarai-doa-doa-al-mathurat-sughro.html
اَصْبَحْنَا kepada اَمْسَيْنَا
وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ kepada 'wa ilai hil masir'
اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ kepada اَمْسَيْنَا وَاَمْسَى
اَصْبَحْتُ kepada 'amsaitu'
Ayat disalin dari website m-mathurat.comhttp://www.m-mathurat.com/p/senarai-doa-doa-al-mathurat-sughro.html
Semoga berguna kepada semua dan dapat kita amalkan selalu. Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)