Hi dan assalamualaikum kepada pembaca- pembaca yang terlintas hendak baca ataupun tertekan pada carian anda. Entri pada kali ini saya ingin menceritakan pasal diri saya. Pada mulanya saya membuat blog kerana suka-suka ingin menulis sesuatu. Sering kali terdetik di hati ini ingin menulis sesuatu mengenai luahan ataupun perasaan yang bermain di benak fikiran kita. Setiap manuasia akan mencari seorang rakan karib ataupun pen dan kertas untuk menceritakan luahan hati. Jika perempuan akan mencari rakan baiknya untuk diceritakan ataupun ada yang selesa menulis di blog seperti saya ataupun diari peribadi.
Bagi saya, saya lebih suka pendam ataupun hanya sekadar berkongsi di blog ini. Jika di sekolah ataupun di matrikulasi saya sering membantu rakan- rakan saya ataupun dalam erti kata lain menjadi tempat luahan bagi mereka yang mempunyai masalah. Saya tidak tahu kenapa saya boleh menyelesaikan masalah orang lain tetapi masalah sendiri tidak boleh selesaikan. Mungkin ada antara pembaca yang mengalami situasi yang sama seperti saya. Kadang kala saya sering bermonolog dalam diri sendiri tentang luahan di hati. Ada kalanya di tandas ketika memberus gigi, saya bermonolog dalam diri tentang masalah dan cara penyelesaian. Selain itu, keindahan ciptaan Allah seperti tasik, pemandangan hijau menjadikan tempat untuk saya menyelesaikan masalah yang timbul ataupun sebagai pengubat hati yang luka. Hmm betapa beratnya masalah yang timbul di kepala ini tetapi jika kita pandai aturkan setiap maslah insyallah setiap maslah akan ada jawapannya dalam diri kita.
Berbalik pada topik pada entri pada kali ini, saya ingin menceritakan tentang diri saya. Saya sering kali begitu semangat ingin membuat sesuatu tetapi bila di pertengahan jalan saya menjadi ragu- ragu dan mengakibatkan semangat saya mula hilang sikit demi sedikit. Kadang kala semangat saya hilang dan perkara saya ingin buat menjadi terbelengkalai begitu sahaja. Saya akan berfikir balik kenapa saya buat perkara ini, Seperti contoh saya ingin membeli buku motivasi. Pada mulanya saya amat komited untuk baca buku tetapi akhirnya buku entah ke mana.. Hmm begitulah kisah diri saya yang kerdil ini. Mungkin saya perlu disiplinkan diri untuk menghabiskan pembacann buku.