Sunday 13 March 2016

Diriku

Hi dan assalamualaikum kepada pembaca- pembaca yang terlintas hendak baca ataupun tertekan pada carian anda. Entri pada kali ini saya ingin menceritakan pasal diri saya. Pada mulanya saya membuat blog kerana suka-suka ingin menulis sesuatu. Sering kali terdetik di hati ini ingin menulis sesuatu mengenai luahan ataupun perasaan yang bermain di benak fikiran kita. Setiap manuasia akan mencari seorang rakan karib ataupun pen dan kertas untuk menceritakan luahan hati. Jika perempuan akan mencari rakan baiknya untuk diceritakan ataupun ada yang selesa menulis di blog seperti saya ataupun diari peribadi.
     Bagi saya, saya lebih suka pendam ataupun hanya sekadar berkongsi di blog ini. Jika di sekolah ataupun di matrikulasi saya sering membantu rakan- rakan saya ataupun dalam erti kata lain menjadi tempat luahan bagi mereka yang mempunyai masalah. Saya tidak tahu kenapa saya boleh menyelesaikan masalah orang lain tetapi masalah sendiri tidak boleh selesaikan. Mungkin ada antara pembaca yang mengalami situasi yang sama seperti saya. Kadang kala saya sering bermonolog dalam diri sendiri tentang luahan di hati. Ada kalanya di tandas ketika memberus gigi, saya bermonolog dalam diri tentang masalah  dan cara penyelesaian. Selain itu, keindahan ciptaan Allah seperti tasik, pemandangan hijau menjadikan tempat untuk saya menyelesaikan masalah yang timbul ataupun sebagai pengubat hati yang luka.  Hmm betapa beratnya masalah yang timbul di kepala ini tetapi jika kita pandai aturkan setiap maslah insyallah setiap maslah akan ada jawapannya dalam diri kita.
       Berbalik pada topik pada entri pada kali ini, saya ingin menceritakan tentang diri saya. Saya sering kali begitu semangat ingin membuat sesuatu tetapi bila di pertengahan jalan saya menjadi ragu- ragu dan mengakibatkan semangat saya mula hilang sikit demi sedikit. Kadang kala semangat saya hilang dan perkara saya ingin buat menjadi terbelengkalai begitu sahaja. Saya akan berfikir balik kenapa saya buat perkara ini,  Seperti contoh saya ingin membeli buku motivasi. Pada mulanya saya amat komited untuk baca buku tetapi akhirnya buku entah ke mana.. Hmm begitulah kisah diri saya yang kerdil ini. Mungkin saya perlu disiplinkan diri untuk menghabiskan pembacann buku.
           

Tuesday 26 January 2016

UMAT ISLAM PERLU KAYA

       Assalamualaikum, pada entri kali ini saya ingin kongsikan kenapa umat islam perlu kaya? Ramai orang beranggapan kaya itu melalaikan." Apabila aku kaya aq jadi sombong dan semakin jauh dari Allah." Ini semua mentaliti segelintir masyarakat kita yang perlu di ubah. Mentality yang terpengaruh dengan drama yang telah ditanam sejak kecil lagi.

Ini yang perlu kita ubah. Kenapa kita tak jadi seperti sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Bin Auf. Beliau merupakan salah sorang contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan.

Umat islam perlu kaya untuk membantu masyarakat dan agama islam itu sendiri. Cuba kita bayangkan kalo kita hendak membina sebuah masjid yang besar yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Adakah kita akan menunggu kutipan beberapa tahun untuk membina masjid. Jika kita mempunyai komuniti yang kaya sudah pastinya masjid akan dibina berbanding menunggu beberapa tahun untuk mengutip dana dan akhirnya perancangan hanya di atas kertas sahaja.


BE LIKE A BEE

        Assalamualaikum, hari ini saya ingin menulis mengenai '' be like a bee''. Al- Quran telah menyebutkan dalam surah An-Nahl ayat 68- 69 tentang lebah. Jadi apa keistimewaan lebah ini sehinggakan kita patut mencontohi seperti lebah?? Hal ini kerana lebah merupakan satu-satunya jenis binatang yang diciptakan oleh Allah s.w.t yang diberi wahyu secara terus.

Kenapa kita perlu jadi seperti lebah?? Kenapa perlu kita perlu mencontohi lebah sadangkan kita manusia dan ianya binatang.

Jawapannya ialah kerana lebah lebih baik dari manusia. Lebah lebih banyak memberi jasa sepanjang kehidupannya tanpa kita sedar. Lebah bukan sahaja memberi kebaikan kepada komunitinya atau dirinya tetapi ianya memberi kebaikan kepada manusia tanpa kita memikirkannya. Tahukah anda lebah menyumbangkan 70% madu bunga kepada sarangnya dan 30% hanya untuk dirinya. Apa yang saya cuba kongsikan ialah lebah lebih memberikan manfaat kepada bangsanya dalam membina sarang dan menghasilkan madu.

Lebah memberi lebih rezeki kepada bangsanya dan kepada kita. Pengajaran yang kita boleh ambil daripada lebah ialah lebah tidak pernah lokek atau kedekut. Sepanjang kehidupanya berbakti kepada bangsanya dan kepada manusia. Jadilah seperti lebah yang sentiasa menyumbangkan rezeki untuk bangsa dan agama.

Persoalannya, berapa peratuskah rezeki or manfaat yang kita peroleh dan telah disumbangkan kepada bangsa dan agama kita?? Sejauh manakah kita telah bersedekah atau menginfakkan harta kita kepada Allah??